Search This Blog

Sunday, 6 December 2015

Diskrimininasi Hak wanita dalam pekerjaan - gaji

















Menurut statistik 2008 daripada Kementerian Sumber Manusia, lelaki berpangkat pegawai kanan dan pengurus berpendapatan gaji bulanan purata RM4,296, manakala wanita dalam kedudukan yang sama memperoleh hampir separuh jumlah itu, RM2,522.

Lelaki dalam kategori profesional memperoleh purata RM3,670, tetapi rakan perempuan memperoleh RM2,848.

Malah pekerja lelaki di "loji dan operator mesin serta pemasangan" memperoleh purata RM860 berbanding gaji purata rakan perempuan mereka iaitu RM623.

"Di semua pekerjaan formal, lelaki memperoleh lebih banyak wang daripada wanita ... ini jelas diskriminasi gaji atas dasar jantina tetapi dirasionalkan sebagai kelayakan rendah bagi wanita," menurut laporan itu.

Perbezaan gaji antara lelaki dan wanita lebih besar dalam pekerjaan peringkat tinggi, seperti kategori profesional, berbanding pekerjaan berpendapatan rendah seperti pekerja kraf dan perkhidmatan.

"Penemuan ini menunjukkan kapasiti mobiliti untuk merapatkan jurang pendapatan adalah terhad dan mungkin secara sistematik terhalang, paling jelas dalam jawatan profesional," katanya.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/diskriminasi-punca-wanita-malaysia-jauhi-pasaran-kerja-formal-kata-laporan

Comment: Perkara 23 dalam Universal Declaration of Human Rights mengatakan bahawa semua orang mempunyai hak untuk bekerja, memilih pekerjaan, keadaan bekerja yang baik dan perlindungan daripada pengangguran. Selain itu, semua orang, tanpa sebarang diskriminasi, berhak untuk penggajian yang sama bagi kerja yang sama. Oleh itu, tidak sepatutnya berlaku issue tersebut kerana bukan sahaja melanggari hak wanita tetapi juga hak pekerja serta hak asasi manusia.

No comments:

Post a Comment